Wednesday, February 3, 2010

Bosan-Bosan

Semalam (03/02/2010) kerja di pejabat habis awal,
maka kertaslah yang jadi mangsa atas alasan tak mahu membazirkan kertas. (^o^)/


Ich denke das ist nett,
Ich liebe Cartoon!


Well, that's all I guess, bye!


Thursday, January 21, 2010

Pasangan Romantis

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Ar-Ruum : 21)

Illustrasi ini dilukis buat pasangan paling romantis 2009, yang baru saja melansungkan perkahwinan mereka pada Disember 2009. Saya tak dapat nak hadir - maaf...

Walauapapun terimalah hadiah ini! (^-^)/

Luahan hati saya: "......Mak! saya nak kahwin!!"

Monday, January 18, 2010

Si Filasuf Kudung


Lukisan ini tak didedikasikan untuk sesiapapun,
tiba-tiba saja muncul idea dikepala,
lukis saja,
warna saja,
oh...
mungkin sekarang kerap kali berfikir,
dan mungkin kudung itu bererti,
nak berfikir tapi akal pendek,
haha~

Dan ini draf awal lukisan ini.

Sunday, January 17, 2010

Tips untuk menguatkan hafalan.
























Antara tips untuk menguatkan hafalan al-Qur'an kita:

"Sesungguhnya perumpamaan penghafal al-Qur'an adalah seperti unta yang ditambat. Jika ia mengikatnya maka ia akan menguasainya. Namun jika ia melepaskannya, unta itu akan pergi....." (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kita faham disini:
1. Apabila ditambatnya unta itu, kita berjaya menghafal ayat-ayat dari al-Qur'an.
2. Apabila hendak menambat, pastinya ada cara yang untuk pastikan tambatan tali itu tidak longgar, juga kita harus jaga amalkan apa yang kita hafal dari al-Qur'an supaya hafalan itu tidak hilang dari ingatan kita.
3. Apabila unta itu terlepas akibat longgarnya ikatan itu, maka larilah unta itu, begitu juga akibat kita lalai dengan hafalan kita, maka hafalan kita akan beransur hilang. Wallahua'lam.

(Ini adalah draft illustrasi diatas, dilukis dengan
menggunakan pensil mekanik.)
(Dalam progres, agak kalut kerana illustrasi ini
diwarnakan diatas satu layer dalam Corel Sketch Pad.)

Monday, January 11, 2010

Mengingati mereka.. (Siri 1)


"Agi Idup, Agi Ngelaban!!"

Masihkah anda ingat laungan
siapakah ini?

Ini adalah laungan si Rentap,
yang bermaksud "Penggoncang Dunia"
dalam bahasa iban. Nama sebenar
beliau adalah Libau.

Beliaulah pahlawan yang memimpin
penentang kepada pemerintahan
Raja Putih Brooke sekitar abad ke-19.

Beliau dianggap lanun.

Namun, yang mempertahankan
adat dan tradisi bangsanya, adalah
beliau yang digelar...RENTAP.

Saturday, January 9, 2010

Melayu ~ Melayu ~ Melayu

Melayu..

Melayu...

Oh Melayu....

Apakah?

Siapakah?

Kenapakah?

Dimanakah?

Bagaimanakah?

"Takkan Melayu Hilang di Dunia." - Hang Tuah

InsyaAllah tak hilang, cumanya kita risau apabila kita semakin me'layu'.

Lukisan ini selesai dilukis pada malam 09.01.10 dengan ambil masa kurang dari 30 minit (hanya lakaran asas saja). Pagi ini selepas subuh 10.01.10, setelah mengambil masa dalam 3-4 jam, dengan hanya menggunakan tetikus - Ya, hanya tetikus - dan perisian Corel Sketch Pad yang berkali-kali crash dalam perjalanannya. "FUH!"


Monday, December 28, 2009

Percubaan...percubaan...1..2..3..


Jadi hari ni saya cuba-cuba warna lukisan saya
dengan menggunakan "Prismacolor markerpens",
tak tahulah ini kira jadi ke tak, ambil masa jugalah
nak siap lukisan ni.

kemudian dah rasa bosan, tiba-tiba idea datang ke kepala,
nak lukis gambar dibuli Assyura (anak saudara saya),
huh...Assyura dah semakin besar, umur semakin meningkat,
pejam celik pejam celik dah 10 bulan dah dia.
Allahumma faqqihha fid-din wa 'alimha bit-takwil.
Ameen..

Sekian.