Monday, December 28, 2009

Percubaan...percubaan...1..2..3..


Jadi hari ni saya cuba-cuba warna lukisan saya
dengan menggunakan "Prismacolor markerpens",
tak tahulah ini kira jadi ke tak, ambil masa jugalah
nak siap lukisan ni.

kemudian dah rasa bosan, tiba-tiba idea datang ke kepala,
nak lukis gambar dibuli Assyura (anak saudara saya),
huh...Assyura dah semakin besar, umur semakin meningkat,
pejam celik pejam celik dah 10 bulan dah dia.
Allahumma faqqihha fid-din wa 'alimha bit-takwil.
Ameen..

Sekian.

Saturday, December 26, 2009

Main-main topi di musim Salji


Gambar ini sebenarnya tidak ada apa-apa signifikasi ataupun dedikasi pun, hanya sekadar perkongsian apa yang ada diminda saya pagi tadi (27/12/09). Namun mungkin ada beberapa pandangan yang boleh dilontarkan.

1) Melihat lukisan ini, seorang wanita berpurdah gembira bermain-main dengan topi. Mungkin boleh digambarkan disini, tidak semestinya mereka yang berpurdah tidak aktif dalam sosial mereka. Islam tidak menghalang untuk kita berhibur, tetapi ia memberikan kita garis panduan untuk berhibur!

2) Wanita itu bangga dengan pakaiannya, teringat saya ada bekas pelatih Fitness di Amerika satu ketika dahulu sanggup tinggalkan bikininya kerana Islam! Dan dia bangga dengan hijabnya sekarang.

3) Saya cemburu sebenarnya ada sahabat saya sudah menyambungkan pelajarannya ke U.K dan kini disana adalah musim sejuk, bersalji, itu yang saya lukis gambar ini. (^-^)

Sekian.

Saturday, December 12, 2009

Siri Hadis 40 - Segalanya bermula dengan niat

السلام عليكم

Daripada Amir al-Mu'minin Abu Hafs 'Umar ibn al-Khattab t.a mendengar RasuluLlah s.a.w bersabda:

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya setiap orang apa yang dia niaykan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Brangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu cari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu." (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ada beberapa perkara yang kita boleh pelajari dari Hadith ini:

1)Nabi s.a.w mengisyaratkan bahawa apa yang kita lakukan adalah berdasarkan niat kita.

2) Kita dan dibalas mengikut apa yang kita niatkan, jika niat kita baik maka balasnya baik, jika niat kita buruk atau maka balasnya apa yang kita niatkan.

3) Nabi berkata sebegini kerana ketika umat Islam dibenarkan untuk berhijrah, ada dikalangan mereka berhijrah kerana dia ingin mengahwini seorang wanita. Maka apa yang dia dapat adalah isteri yang dia inginkan, dia tidak dapat pahala berjuang demi Islam.

4)Lukisan diatas dikaitkan dengan Hadis ini kerana Pakcik itu menderma bukan untuk mendapat pahala sebaliknya dia inginkan pujian dari orang. Maka apa yang dia akan dapat adalah pujian dari orang tidak pahala dari Allah.

5)Amalan yang buruk jika dengan niat yang baik, seperti mencuri aiskrim demi adik kita, adalah tidak diterima baiknya kerana dalam Hadis ini diisyaratkan dengan amalan yang baik sahaja iaitu hijrah.

6) Hadis dianggap hadis yang paling asas oleh Ulama' kerana Imam Bukhari meletakkan hadis ini sebagai permulaan Sahihnya, juga Imam Nawawi meletakkan hadis ini sebagai hadis pertama dalam Hadis 40 dan Riyadh as-Salihinnya. Mazhab syafi'i (dan juga Mazhab-mazhab lain) juga meletakkan niat sebagai rukun pertama bagi setiap amalan seperti wudhu', solat dll.

Thursday, December 3, 2009

Über die Prüfung

السلام عليكم

Die Prüfung war heute (3. 12. 09), die war dunkel, ich kann nicht die Welt gesehen..
aber..
früher, Cassandra hat mir gesagt, dass Frau Charles gesagt hat...

dass wir bestehen die Prüfung!
Alle von uns!
Deshalb ich danke Gott!

Sunday, November 29, 2009

Die Prüfung...

السلام عليكم

Dah lama tak mengemaskini blog saya,
So I figured maybe I should write something,
Ich habe meine Prüfung in Donnerstag, deshalb möchte ich eine Übung machen.

Ich bin Muhammad Haniff, ich bin 21 jahre alt.
Ich komme aus Rawang aus Selangor.
Ich wohne auch in Rawang aber früher lebte ich in Shah Alam.
Ich bin Student aber manchmal komme ich Projekte be.
Ich zeichne Cartoons für die Kinder.
Und meine Hobbys sind zeichnen und lesen.

Alles gute für mir!

I'll put some pictures here as soon as I'm free ok?

Sunday, November 1, 2009

Cbox dan ukhuwah


Assalamu'alaikum w.b.t, and so I have decided (not decided, just did actually :) ) to put a chat box here in my blog, so that maybe those who follow my blog here (if there is any) can chat with me together. And remember one of the reason that we were created in ethnicities:

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenali..." (al-Hujuraat 49:13)

But don't take it wrongly here bout this verse in the Qur'an, don't use this verse as an excuse to flirt with people! As the verse continues with "...Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (al-Hujuraat 49:13), so it means that, know each other so that we can increase our iman and taqwa. And not to forget the verse before of the same surah mentions that:

"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." (al-Hujuraat 49:10)

p/s: Blog ini blog multilingual ya, jadi memang campur-campur bahasa :D, bis bald!

Saturday, October 31, 2009

Sekadar perkongsian dan peringatan (episod 2)

Assalamu'alaikum w.b.t, kepada sesiapa yang sudi mengunjungi blog ana yang tak seberapa ni (itupun kalau adalah yang ikuti), disini ana sertakan link muat turun projek ana dahulu mengenai doa-doa yang diajarkan didalam al-Qur'an dan Sunnah Nabi s.a.w, namun perlu diketahui, ada satu hadith iaitu hadith mengenai bacaan basmalah sebelum mengambil wudhu' telah dibincangkan dan ada mengatakan ianya dha'if tapi inshaAllah tidak mengapa untuk diamalkan kerana kita juga sudah diajarkan untuk membaca basmalah untuk setiap amalan harian, kemungkinan ada juga hadith dha'if didalam karya ana ini selain dari yang disebutkan tadi, dan jika ada, ana minta dikemukakan statusnya dan fiqhnya sekali kerana tidak semestinya jika sesuatu hadith itu dha'if maka tiada fiqh untuknya. Berikut adalah link muat turunnya:

Buku "Berdoalah Anakku.."

Teman kena selsema..


Takdir Tuhan hari ini (31/10/2009)..teman selsema, banyak sungguh tisu habis hari dek asyik lap-lap hingus teman, tapi teringat pula teman kepada hadis sahih dari Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari, yang mana beliau ajar kita - bila menziarahi orang sakit - supaya berkata:

لَا بَأْسَ، طَهُورٌ إِنْ شَاءَ اَلله

Ia bermaksud, "Jangan risau, ia adalah penghapus dosa jika diizinkan Allah", Oh God, that's so made me smile when writing this entry! And may God forgive my sins by giving me this "Selsema", Ameen! Bis bald und tschüss!

Thursday, October 22, 2009

Teman dah rongak..


Pagi semalam (Rabu 21/10/09) masa nak pergi ke kelas, teman diserang sakit gigi..Pagi ni teman pi ke dentist, dentist cabut gigi teman..Jadi teman sekarang dah rongak..:(

Gigi yang dicabut adalah -ikut nama inggerisnya- Second Premolar (Biscupid)

Monday, October 19, 2009

Sekadar perkongsian dan peringatan (episod 1)


Puasa..

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa (dalam bulan Ramadhan) sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (al-Baqarah : 183)

Puasa = Untuk Tuhan + untuk Kesihatan + untuk 'Diet Islami (^-^) + untuk Kesedaran terhadap seksanya Fuqaraa' dan Masaakiin + ada lagi?


Tuesday, October 6, 2009

Satu Iklan, Satu Penghargaan


Iklan untuk semua (walaupun novel ni dah lama diterbitkan :D), bacalah novel ini, tajuknya, "Syabab, Musafir Kasih" oleh Fatimah Syarha. Dan lukisan ini adalah satu penghargaan buat Kak Fatimah yang menulis novel yang mantap ini! JazakIllah khair!

Wednesday, September 9, 2009

One peaceful day..

"The recompense for an injury is an injury equal thereto (in degree), but if a person forgives and makes reconciliation, his reward is due from God, for God loves not those who do wrong" (The Qur'an 42:40)

Pengajaran disini..bermaaf-maafanlah..kalau di Malaysia orang akan cakap, "Raya nak dekat dah ni..." :D

والسلام عليكم

Und guten Tag alle!

Hari Pembukaan!

Assalamu'alaikum w.b.t

Apa khabar?

How are you?

Wie geht's?

كيف حالك؟

:D

Hahaha! Look at it, four languages! Inilah bahasa-bahasa yang saya tahu! Ich spreche Malaiisch und Englisch aber ich nur kann bisschen Deutsch und sehr bisschen Arabisch!

Inilah hari pembukaan blog saya,
unter is mein Bild!

Suppose to be a caricature of myself, tapi tak berapa nak jadi..
..well..atleast I tried..
Bitte, from time to time, lawatlah blog saya ya?

Sekian..