Saturday, December 26, 2009

Main-main topi di musim Salji


Gambar ini sebenarnya tidak ada apa-apa signifikasi ataupun dedikasi pun, hanya sekadar perkongsian apa yang ada diminda saya pagi tadi (27/12/09). Namun mungkin ada beberapa pandangan yang boleh dilontarkan.

1) Melihat lukisan ini, seorang wanita berpurdah gembira bermain-main dengan topi. Mungkin boleh digambarkan disini, tidak semestinya mereka yang berpurdah tidak aktif dalam sosial mereka. Islam tidak menghalang untuk kita berhibur, tetapi ia memberikan kita garis panduan untuk berhibur!

2) Wanita itu bangga dengan pakaiannya, teringat saya ada bekas pelatih Fitness di Amerika satu ketika dahulu sanggup tinggalkan bikininya kerana Islam! Dan dia bangga dengan hijabnya sekarang.

3) Saya cemburu sebenarnya ada sahabat saya sudah menyambungkan pelajarannya ke U.K dan kini disana adalah musim sejuk, bersalji, itu yang saya lukis gambar ini. (^-^)

Sekian.

No comments:

Post a Comment