Saturday, December 12, 2009

Siri Hadis 40 - Segalanya bermula dengan niat

السلام عليكم

Daripada Amir al-Mu'minin Abu Hafs 'Umar ibn al-Khattab t.a mendengar RasuluLlah s.a.w bersabda:

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya setiap orang apa yang dia niaykan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Brangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu cari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu." (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ada beberapa perkara yang kita boleh pelajari dari Hadith ini:

1)Nabi s.a.w mengisyaratkan bahawa apa yang kita lakukan adalah berdasarkan niat kita.

2) Kita dan dibalas mengikut apa yang kita niatkan, jika niat kita baik maka balasnya baik, jika niat kita buruk atau maka balasnya apa yang kita niatkan.

3) Nabi berkata sebegini kerana ketika umat Islam dibenarkan untuk berhijrah, ada dikalangan mereka berhijrah kerana dia ingin mengahwini seorang wanita. Maka apa yang dia dapat adalah isteri yang dia inginkan, dia tidak dapat pahala berjuang demi Islam.

4)Lukisan diatas dikaitkan dengan Hadis ini kerana Pakcik itu menderma bukan untuk mendapat pahala sebaliknya dia inginkan pujian dari orang. Maka apa yang dia akan dapat adalah pujian dari orang tidak pahala dari Allah.

5)Amalan yang buruk jika dengan niat yang baik, seperti mencuri aiskrim demi adik kita, adalah tidak diterima baiknya kerana dalam Hadis ini diisyaratkan dengan amalan yang baik sahaja iaitu hijrah.

6) Hadis dianggap hadis yang paling asas oleh Ulama' kerana Imam Bukhari meletakkan hadis ini sebagai permulaan Sahihnya, juga Imam Nawawi meletakkan hadis ini sebagai hadis pertama dalam Hadis 40 dan Riyadh as-Salihinnya. Mazhab syafi'i (dan juga Mazhab-mazhab lain) juga meletakkan niat sebagai rukun pertama bagi setiap amalan seperti wudhu', solat dll.

No comments:

Post a Comment